PROJEK BUKU JIWA KACAU



<< January 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


>> GENGJURNAL <<

>> BUKUTAMU <<

>> DOWNLOAD BORANG <<

 


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


JK-2

PEMIMPIN SISTEM
Basri

EDITOR
Jigo
Attokz

PENGANTAR
Nisah Haron

KULIT
Si Naga Origami

PENULIS
Aqil
Azhan
Dugongsenyum
El-Maaniq
Esis
Kelambu
Kingbinjai
Mat Jan
Naimisa Yusof
Op & The-Mulan
Rulan Awan
Sam Ahmad
Si Naga Origami
Superdiman
Tok Rimau
Tuan Tanah
... bertambah

 

Projek Buku Jiwa Kacau ialah suatu usaha untuk membukukan terbitan dari blog atau weblog. Jika anda belum tahu, weblog atau blog ini adalah terbitan di internet. Di luar negara pula buku seumpama ini dipanggil blook. Definisi secara langsung ialah, "A blook is defined as a book based on material and/or ideas first published in a blog. A blook is the marriage of the best features of web publishing -- feedback from readers, speed, serialization, freedom from the influence of sponsors -- with the staid virtues of the traditional book -- thoughtfulness, depth, dramatic arc and reader-friendly design -- delivered on deliciously permanent, portable paper leaves." Jiwa Kacau adalah produk pertama kami yang sudah pun memasuki pasaran sejak Oktober 2005. Untuk projek seterusnya, nama Jiwa Kacau diabadikan sebagai namecode projek. 

SISTEM

Jiwa Kacau adalah buku antologi. Untuk menjayakan projek ini, semua blogger adalah dijemput menghantarkan entri-entri mereka yang dirasakan baik-baik untuk penilaian editor, jika entri-entri mereka terpilih maka akan diterbitkan menjadi buku tetapi perlu membayar sedikit untuk berkongsi kos percetakan dan kos pengurusan. Untuk maklumat lanjut sila baca Syarat Garis dan Panduan. Kamu boleh juga muat turun borang jika berminat untuk menyertai atau sekadar ambil tahu.

 



rss feed



 
Tuesday, January 17, 2006
Projek Buku Jiwa Kacau 2 (Terma)
(c) Segala maklumat, modus operandi, garis panduan, tulisan serta ilustrasi yang diterbitkan di laman web ini adalah hakcipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa bentuk atau dengan alat apa jua pun, kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Mak Itam Network Enterprise. Kebenaran adalah berdasarkan perundingan dan bayaran.

PROJEK BUKU JIWA KACAU 2 

Assalamualaikum. Sawadikap. Monggo-monggo. 

Berita baik untuk semua bloggers! Kalau JK-1 dulu terdapat 23 penulis, kali ini saya nak lebih ramai lagi. Kalau boleh 35++ orang. Jangan lepaskan peluang menerbitkan tulisan kamu ke bentuk buku. Kalau berminat, lengkapkanBorang Penyertaan dan emailkan berserta attachment manuskrip kamu. Sila baca GARIS PANDUAN/SYARAT sebelum menghantar penyertaan. 

Terima kasih.

Jemputan Menulis Buku JIWA KACAU 2

Adalah tuan / puan / saudara / saudari ........................ dijemput menulis untuk projek bukuJIWA KACAU 2


MANFAAT MENARIK UNTUK PENULIS
1. Entri blog kamu diterbit menjadi buku.
2. Salah satu cara mempromosikan weblog sendiri.
3. Melebarkan tulisan kepada pembaca offline.
4. Mendapat 20 naskah sebagai balasan.
5. Pendapatan sampingan.
6. Menyumbang kepada penambahan bilangan buku negara dalam Bahasa Melayu.

TARIKH PENTING
Penyertaan dibuka 17 Januari 2006.
Tarikh tutup : 25 Februari 2006
Bayaran penyertaan : sebelum 25 Mac 2006
Buku siap dicetak : 2 Mei 2006 *

PENYERTAAN TIDAK TERHAD
Penerbit mengikut budi bicaranya akan menerbitkan mana-mana penyertaan yang difikirkan layak. Layak dari segi kualiti penulisan DAN kesanggupan penulis membayar bayaranpenyertaan. Kualiti penulisan ini besar skopnya termasuk akur format, isi kandungan, tatabahasa dan lain-lain. Jangan takut, hantar saja tulisan anda untuk dibaca. Bayaran penyertaan pula adalah untuk menanggung kos cetakan dan pengurusan. Keputusan penerbit adalah muktamad. Sebarang komen mungkin dilayan, tetapi mungkin tidak mengubah keputusan yang sudah dibuat. Di samping itu, promosi untuk jualan naskhah ini adalah tanggungjawab bersama, seperti  mengiklan buku ini di blog masing-masing.

BAYARAN PENYERTAAN RM200.00
Masukkan bayaran ke akaun berikut ;
Nama : FAIZUL B. MD ASPAN
Maybank 1143 4806 1626

GARIS PANDUAN / SYARAT
Berikut adalah garis panduan untuk semua yang berminat menjadi penulis projek buku ini.

1.    Penyertaan terbuka kepada semua bloggers.
2.    Ahli Geng Jurnal yang sudah menyertai projek Jiwa Kacau pertama, juga digalakkan menyertai.
3.    Tulisan tidak melanggar syarak dan undang-undang Malaysia, seperti Akta Mesin Cetak dan Akta Hasutan misalnya..
4.    Manuskrip tulen, iaitu mana-mana entri atau entri-entri daripada blog kamu sendiri.
5.    Bahasa Melayu sahaja. Bahasa rojak diterima dengan syarat, perkataan slangadi-bold-kan, perkataan bahasa asing di-italic-kan. Akan tetapi, penggunaan perkataan slanga mestilah digunakan seminima mungkin. (Penggunaan ejaan SMS dan Chat adalah ditegah sama sekali!). Sebagai penulis, kita ada tanggungjawab sosial.
6.    Entri dalam apa saja tema seperti sentuhan hati, lawak, meransang minda, sajak, dan lain-lain.
7.    Entri yang menyentuh subjek-subjek sensitif yang berunsur perkauman, pandangan politik dan agama yang melampau adalah dilarang sama sekali. Kata-kata makian dan cacian yang melampau juga ditegah. 
8.    Format setiap entri ialah a. Tajuk b. tarikh entri ditulis c. permalink d. entri.
9.    Ditaip atau disalin daripada weblog kamu dan disimpan dalam format *.doc (NAMAKAMU.DOC)
10.    FORMAT DOKUMEN: double spacing, font 12 Times New Roman, potrait A4 dan tidak lebih 10 muka surat.
11.    Disunting supaya akur syarat nombor 5.
12.    Emailkan penyertaan kamu ke basrinmd@hotmail.com DAN   basri@makitam2u.com , dengan Subject : Penyertaan JK-2
13.    Sertakan maklumat berikut dalam borang penyertaan (segala maklumat adalahsulit dan persendirian);
§    Nama pena / samaran :
§    URL Blog :
§    Nama sebenar :
§    No. Kad Pengenalan :
§    Nombor Akaun Bank : 
§    Nama bank :
§    Alamat Rumah / Kediaman / Pejabat :
§    Alamat Email : (pastikan akaun email ini aktif dan yang sentiasa dibuka)
§    No. Telefon / Handphone
§    Akuan : Saya bersetuju dengan Garis panduan / Syarat yang telah ditetapkan.
14.    Pihak penerbit berhak menyunting manuskrip penulis sekiranya perlu.
15.    Sertakan penyertaan dengan bayaran penuh. E-melkan salinan transaksi.
16.    Membayar keseluruhan bayaran penyertaan iaitu RM200.
17.    Jika maklumat dalam perkara 13 tidak dilengkapkan, penyertaan ditolak. Sebarang pembetulan pada maklumat tidak akan dibuat sekiranya manuskrip sudah sampai di peringkat cetakan. 
18.    Pihak penerbit / penyelenggara / editor tidak akan bertanggungjawab ke atas segala kesulitan yang berlaku akibat ketidakakuran Garis Panduan / Syarat ini.
19.    Sila berikan tempoh beberapa minggu atau beberapa bulan bagi proses penilaian entri, penyuntingan, penyemakan dan percetakan. 
20.    Pihak Penerbit dan pihak editorial mempunyai kuasa penuh untuk memilih dan menyunting entri-entri.
21.    Penulis yang entrinya berjaya diterbitkan serta akur pada perkara 12, akan mendapat 20 naskah buku atau bilangan yang setimpal, atau mengikut budi bicara penerbit nanti. Penghantaran 20 naskah kepada penulis melalui POS Laju atau yang setara.
22.    Tanggungjawab pengiklanan untuk jualan naskhah adalah tanggungjawab bersama (penyelenggara dan penyumbang). 
23.    Garis panduan ini boleh berubah dari masa ke semasa dengan atau tanpa notis.

BORANG PENYERTAAN
Saya ingin menyertai projek buku Jiwa Kacau 2.  Bersama-sama ini saya lampirkan entri-entri saya dan setuju membayar penuh yuran penyertaan RM200 apabila diminta. Saya juga bersetuju dengan garis panduan yang telah ditetapkan.

Nama pena / samaran :
URL Blog :
Nama sebenar :
No. Kad Pengenalan :
Nombor Akaun Bank :
Nama bank :
Alamat Pos ( sama ada Rumah / Kediaman / Pejabat ):
Alamat Email : (pastikan akaun email ini aktif dan yang sentiasa dibuka)
No. Telefon / Handphone :

* Nota : Bergantung kepada pindaan.

Pastekan entri-entri anda dibawah garisan ini. Kemudian save dan emailkan sebagai attachment.
................................................................................................................................................................

Posted at 12:45 pm by basri

yourshop.cc
December 4, 2008   02:09 PM PST
 
http://www.watchesforsale.us
nai
February 24, 2006   05:55 PM PST
 
di mana nak baca syaratnya
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry

© Basri Nor Mohd, 2006.
Segala maklumat, modus operandi, garis panduan, tulisan serta ilustrasi yang diterbitkan di laman web ini adalah hakcipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa bentuk atau dengan alat apa jua pun, kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Mak Itam Network Enterprise. Kebenaran adalah berdasarkan perundingan dan bayaran saguhati.