PROJEK BUKU JIWA KACAU



<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


>> GENGJURNAL <<

>> BUKUTAMU <<

>> DOWNLOAD BORANG <<

 


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


JK-2

PEMIMPIN SISTEM
Basri

EDITOR
Jigo
Attokz

PENGANTAR
Nisah Haron

KULIT
Si Naga Origami

PENULIS
Aqil
Azhan
Dugongsenyum
El-Maaniq
Esis
Kelambu
Kingbinjai
Mat Jan
Naimisa Yusof
Op & The-Mulan
Rulan Awan
Sam Ahmad
Si Naga Origami
Superdiman
Tok Rimau
Tuan Tanah
... bertambah

 

Projek Buku Jiwa Kacau ialah suatu usaha untuk membukukan terbitan dari blog atau weblog. Jika anda belum tahu, weblog atau blog ini adalah terbitan di internet. Di luar negara pula buku seumpama ini dipanggil blook. Definisi secara langsung ialah, "A blook is defined as a book based on material and/or ideas first published in a blog. A blook is the marriage of the best features of web publishing -- feedback from readers, speed, serialization, freedom from the influence of sponsors -- with the staid virtues of the traditional book -- thoughtfulness, depth, dramatic arc and reader-friendly design -- delivered on deliciously permanent, portable paper leaves." Jiwa Kacau adalah produk pertama kami yang sudah pun memasuki pasaran sejak Oktober 2005. Untuk projek seterusnya, nama Jiwa Kacau diabadikan sebagai namecode projek. 

SISTEM

Jiwa Kacau adalah buku antologi. Untuk menjayakan projek ini, semua blogger adalah dijemput menghantarkan entri-entri mereka yang dirasakan baik-baik untuk penilaian editor, jika entri-entri mereka terpilih maka akan diterbitkan menjadi buku tetapi perlu membayar sedikit untuk berkongsi kos percetakan dan kos pengurusan. Untuk maklumat lanjut sila baca Syarat Garis dan Panduan. Kamu boleh juga muat turun borang jika berminat untuk menyertai atau sekadar ambil tahu.

 



rss feed


 
Friday, May 11, 2007
Projek Buku Jiwa Kacau

Posted at 04:27 pm by basri
Comments (3)  

 
Friday, November 24, 2006
Pindah

Posted at 03:38 pm by basri
Comments (2)  

 
Thursday, June 08, 2006
Jiwa Kacau Dua (Masuk Barisan) - Kulit


Posted at 03:06 pm by basri
Comments (5)  

Dalam proses kemaskini

Salam Sdra/i sekelian,

PROJEK BUKU JIWA KACAU 2

Penyertaan untuk JK-2 sudah pun ditutup rapat sama sekali.

1) Adalah dimaklumkan bahawa mengikut rekod kami berkaitan dengan perkara di atas, maklumat yang kami terima melalui email telah dibaca, disemak, disunting dan dikemaskini.

2) Penyertaan Sdra/i seperti berikut telah diterima dan manuskrip (semua entri atau beberapa entri) telah lulus untuk cetakan.

Amanitium http://amanitium.blogspot.com
Aqil http://aqildotcom.blogspot.com
Attokz
Azhan http://azhan.blogspot.com
Bluehikari
Book http://bukhariramli.blogspot.com
El-Maaniq http://delimasakti.blogspot.com
Esis http://sukaatiaku.blogspot.com
Kelambu http://kelambu.blogspot.com
Kemat http://liepan.blogspot.com
Kingbinjai http://kingbinjai.blogdrive.com
Mat Jan http://www.kroni.biz/jj
Ms D' http://gurisanintaglio.blogspot.com
Naimisa Yusof http://naimisa.blogspot.com
Op & Mulan http://fikirandalamkembara.blogdrive.com
Puteri Elaira Eliza http://www.elaira.net
Rima Nilzah http://rimanilzah.cjb.net
Rulan Awan http://awanputih.blogspot.com
Sam Ahmad http://zulfikarsamsuri.blogspot.com
Si Dugong http://dugongsenyum.blogdrive.com
Sinaganaga http://sinaganaga.blogspot.com
Superdiman http://oksigen.blogdrive.com
Tok Rimau
Tuan Tanah http://tanahpusaka.blogspot.com

3) Sdra/i yang telah berikrar untuk menghantar dokumen yang belum lengkap seperti borang penyertaan. Sila hantar borang tersebut sebelum 10 Jun 2006. Jika tidak penyertaan akan dibatalkan serta-merta.

4) Bagi memastikan buku dapat dicetak mengikut jadual, Sdra/i adalah diminta menjelaskan yuran penyertaan sebanyak RM200. Email akan saya hantar satu persatu kepada penulis-penulis yang terbabit nanti.

5) Jika ada sebarang perubahan data peribadi sila submit sebelum 12 Jun 2006 untuk mengelakkan sebarang masalah. Email basrinmd AT hotmail.com

Sekian, terima kasih.


Posted at 02:56 pm by basri
Comments (15)  

 
Tuesday, May 02, 2006
Khabar terkini.
Tarikh tutup penghantaran penyertaan ialah pada 31 MEI 2006.

Kerja-kerja rekaletak dan suntingan terakhir akan di lakukan dalam bulan Jun 2006.

Bayaran penyertaan mula dikutip dalam bulan Jun 2006 hingga Julai 2006 (2 bulan masa untuk membuat pembayaran). Semua permintaan bayaran akan dibuat melalui email.

Buku dicetak dan memasuki pasaran dalam bulan September atau Oktober 2006, insyaAllah. (Ini juga adalah tempoh bertenang memandangkan Jiwa Kacau 1 masuk tahun pertama. Juga memberi laluan kepada projek Ayah Kita Bos & Jongkang Jongket. Dan juga memberi laluan kepada Piala Dunia )

Sudah ada lima belas orang yang menghantarkan penyertaan setakat ini, maka peluang untuk kamu masih terbuka luas. Hantarkan penyertaan kamu sebelum tarikh tutup.

Terima kasih.

Posted at 03:42 pm by basri
Comments (2)  

 
Friday, February 24, 2006
Hantar manuskrip dan isi borang
Ada kekeliruan tentang penghantaran manuskrip dan borang penyertaan.

Saya letak formatnya di link di bawah. Sila right click mouse kamu. Kemudian save as.

>>> http://www.kroni.biz/basrinmd/jk2/NAMAKAMU.doc <<<

Gunakan format itu untuk menghantar manuskrip.

Email basrinmd@hotmail.com

Forum : http://www.jurnal.biz/forum/viewtopic.php?t=4209

Posted at 02:10 pm by basri
Make a comment  

 
Tuesday, February 14, 2006
Operasinya lebih kurang beginilah.

Nota : Info akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Posted at 03:09 pm by basri
Comment (1)  

 
Thursday, February 09, 2006
Perkembangan Projek
Salam semua.

Setakat ini sudah ada 8 orang yang hantar manuskrip iaitu ;

1-Azhan
2-Aqil
3-King Binjai
4-Elmaaniq
5-Esis
6-Superdiman
7-Kelambu
8-Naga

Beberapa orang sudah berikrar untuk hantar dalam masa terdekat ini iaitu;
1-Tok Rimau
2-OP
3-Elaira
4-Fajar

Di sini kami menjemput kamu semua untuk menghantar penyertaan.

Kami berharap kamu semua turut sama menghantar penyertaan Projek Buku Jiwa Kacau ini.

Ok. Tarikh di lanjutkan hingga bulan April 2006.

Kami bercadang untuk mencetak buku pada bulan Julai 2006.

Kerjasama kamu semua kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Salam hormat.



Posted at 12:40 pm by basri
Comments (4)  

 
Tuesday, January 17, 2006
Projek Buku Jiwa Kacau 2 (Terma)
(c) Segala maklumat, modus operandi, garis panduan, tulisan serta ilustrasi yang diterbitkan di laman web ini adalah hakcipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa bentuk atau dengan alat apa jua pun, kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Mak Itam Network Enterprise. Kebenaran adalah berdasarkan perundingan dan bayaran.

PROJEK BUKU JIWA KACAU 2 

Assalamualaikum. Sawadikap. Monggo-monggo. 

Berita baik untuk semua bloggers! Kalau JK-1 dulu terdapat 23 penulis, kali ini saya nak lebih ramai lagi. Kalau boleh 35++ orang. Jangan lepaskan peluang menerbitkan tulisan kamu ke bentuk buku. Kalau berminat, lengkapkanBorang Penyertaan dan emailkan berserta attachment manuskrip kamu. Sila baca GARIS PANDUAN/SYARAT sebelum menghantar penyertaan. 

Terima kasih.

Jemputan Menulis Buku JIWA KACAU 2

Adalah tuan / puan / saudara / saudari ........................ dijemput menulis untuk projek bukuJIWA KACAU 2


MANFAAT MENARIK UNTUK PENULIS
1. Entri blog kamu diterbit menjadi buku.
2. Salah satu cara mempromosikan weblog sendiri.
3. Melebarkan tulisan kepada pembaca offline.
4. Mendapat 20 naskah sebagai balasan.
5. Pendapatan sampingan.
6. Menyumbang kepada penambahan bilangan buku negara dalam Bahasa Melayu.

TARIKH PENTING
Penyertaan dibuka 17 Januari 2006.
Tarikh tutup : 25 Februari 2006
Bayaran penyertaan : sebelum 25 Mac 2006
Buku siap dicetak : 2 Mei 2006 *

PENYERTAAN TIDAK TERHAD
Penerbit mengikut budi bicaranya akan menerbitkan mana-mana penyertaan yang difikirkan layak. Layak dari segi kualiti penulisan DAN kesanggupan penulis membayar bayaranpenyertaan. Kualiti penulisan ini besar skopnya termasuk akur format, isi kandungan, tatabahasa dan lain-lain. Jangan takut, hantar saja tulisan anda untuk dibaca. Bayaran penyertaan pula adalah untuk menanggung kos cetakan dan pengurusan. Keputusan penerbit adalah muktamad. Sebarang komen mungkin dilayan, tetapi mungkin tidak mengubah keputusan yang sudah dibuat. Di samping itu, promosi untuk jualan naskhah ini adalah tanggungjawab bersama, seperti  mengiklan buku ini di blog masing-masing.

BAYARAN PENYERTAAN RM200.00
Masukkan bayaran ke akaun berikut ;
Nama : FAIZUL B. MD ASPAN
Maybank 1143 4806 1626

GARIS PANDUAN / SYARAT
Berikut adalah garis panduan untuk semua yang berminat menjadi penulis projek buku ini.

1.    Penyertaan terbuka kepada semua bloggers.
2.    Ahli Geng Jurnal yang sudah menyertai projek Jiwa Kacau pertama, juga digalakkan menyertai.
3.    Tulisan tidak melanggar syarak dan undang-undang Malaysia, seperti Akta Mesin Cetak dan Akta Hasutan misalnya..
4.    Manuskrip tulen, iaitu mana-mana entri atau entri-entri daripada blog kamu sendiri.
5.    Bahasa Melayu sahaja. Bahasa rojak diterima dengan syarat, perkataan slangadi-bold-kan, perkataan bahasa asing di-italic-kan. Akan tetapi, penggunaan perkataan slanga mestilah digunakan seminima mungkin. (Penggunaan ejaan SMS dan Chat adalah ditegah sama sekali!). Sebagai penulis, kita ada tanggungjawab sosial.
6.    Entri dalam apa saja tema seperti sentuhan hati, lawak, meransang minda, sajak, dan lain-lain.
7.    Entri yang menyentuh subjek-subjek sensitif yang berunsur perkauman, pandangan politik dan agama yang melampau adalah dilarang sama sekali. Kata-kata makian dan cacian yang melampau juga ditegah. 
8.    Format setiap entri ialah a. Tajuk b. tarikh entri ditulis c. permalink d. entri.
9.    Ditaip atau disalin daripada weblog kamu dan disimpan dalam format *.doc (NAMAKAMU.DOC)
10.    FORMAT DOKUMEN: double spacing, font 12 Times New Roman, potrait A4 dan tidak lebih 10 muka surat.
11.    Disunting supaya akur syarat nombor 5.
12.    Emailkan penyertaan kamu ke basrinmd@hotmail.com DAN   basri@makitam2u.com , dengan Subject : Penyertaan JK-2
13.    Sertakan maklumat berikut dalam borang penyertaan (segala maklumat adalahsulit dan persendirian);
§    Nama pena / samaran :
§    URL Blog :
§    Nama sebenar :
§    No. Kad Pengenalan :
§    Nombor Akaun Bank : 
§    Nama bank :
§    Alamat Rumah / Kediaman / Pejabat :
§    Alamat Email : (pastikan akaun email ini aktif dan yang sentiasa dibuka)
§    No. Telefon / Handphone
§    Akuan : Saya bersetuju dengan Garis panduan / Syarat yang telah ditetapkan.
14.    Pihak penerbit berhak menyunting manuskrip penulis sekiranya perlu.
15.    Sertakan penyertaan dengan bayaran penuh. E-melkan salinan transaksi.
16.    Membayar keseluruhan bayaran penyertaan iaitu RM200.
17.    Jika maklumat dalam perkara 13 tidak dilengkapkan, penyertaan ditolak. Sebarang pembetulan pada maklumat tidak akan dibuat sekiranya manuskrip sudah sampai di peringkat cetakan. 
18.    Pihak penerbit / penyelenggara / editor tidak akan bertanggungjawab ke atas segala kesulitan yang berlaku akibat ketidakakuran Garis Panduan / Syarat ini.
19.    Sila berikan tempoh beberapa minggu atau beberapa bulan bagi proses penilaian entri, penyuntingan, penyemakan dan percetakan. 
20.    Pihak Penerbit dan pihak editorial mempunyai kuasa penuh untuk memilih dan menyunting entri-entri.
21.    Penulis yang entrinya berjaya diterbitkan serta akur pada perkara 12, akan mendapat 20 naskah buku atau bilangan yang setimpal, atau mengikut budi bicara penerbit nanti. Penghantaran 20 naskah kepada penulis melalui POS Laju atau yang setara.
22.    Tanggungjawab pengiklanan untuk jualan naskhah adalah tanggungjawab bersama (penyelenggara dan penyumbang). 
23.    Garis panduan ini boleh berubah dari masa ke semasa dengan atau tanpa notis.

BORANG PENYERTAAN
Saya ingin menyertai projek buku Jiwa Kacau 2.  Bersama-sama ini saya lampirkan entri-entri saya dan setuju membayar penuh yuran penyertaan RM200 apabila diminta. Saya juga bersetuju dengan garis panduan yang telah ditetapkan.

Nama pena / samaran :
URL Blog :
Nama sebenar :
No. Kad Pengenalan :
Nombor Akaun Bank :
Nama bank :
Alamat Pos ( sama ada Rumah / Kediaman / Pejabat ):
Alamat Email : (pastikan akaun email ini aktif dan yang sentiasa dibuka)
No. Telefon / Handphone :

* Nota : Bergantung kepada pindaan.

Pastekan entri-entri anda dibawah garisan ini. Kemudian save dan emailkan sebagai attachment.
................................................................................................................................................................

Posted at 12:45 pm by basri
Comments (2)  

 
Sunday, January 01, 2006
Buku Jiwa Kacau yang pertama




Berkenaan buku ini.
Menurut Saharil, "Buku yang kamu sedang pegang ini, koleksi Jiwa Kacau, walaupun mungkin bukanlah himpunan terbaik dan definitif, adalah antologi yang mempamerkan wajah blog Malaysia (pengantar bahasa melayu) sekarang ini. Setahu saya belum ada satu pun blog bahasa kebangsaan yang dibukukan sebelum ini. Di tangan kamu adalah sehiris sejarah. Pertama seumpamanya. Capai dan belilah. Simpanlah. Hartakan."

Ingin beli buku ini ?
(penggunaan 'AT' menggantikan '@' pada alamat email untuk mengelakkan spam, harap maklum)

1) Melalui kedai buku
Kamu boleh beli melalui kedai buku Siverfish dan Ujana Ilmu.

Silverfish Books Sdn Bhd (483433-k),
67-1 Jalan Telawi 3, Bangsar Baru,
59100 Kuala Lumpur
Tel: +603-228 448 37
Fax: +603-228 448 39
(Open from 10.00am - 8.00pm Mon - Sat)
Website : http://www.silverfishbooks.com/
Email mereka : info AT silverfishbooks.com

Ujana Ilmu Enterprise
(001444316-M)
350,
KG JIBOI BARU,, AMPANGAN,
70400 SEREMBAN
Negeri Sembilan
(Tel) 06-7675722
(Fax) 06-7675722
Laman web : http://ujanailmu.com.my
Email mereka : mshukri7 AT streamyx.com

2) Beli melalui penulis-penulis dalam Jiwa Kacau
AYOBKELUBI, akulerdon AT yahoo.com
TOK RIMAU, harimauj AT yahoo.com
MAT JAN, jongkangz AT yahoo.com
BUKUNOTA, bukunotakaki AT yahoo.com
SI NAGA ORIGAMI, sinaganaga1547 AT yahoo.com
ELMAANIQ, elmaaniq AT yahoo.com
KELAMBU, lan_zo AT yahoo.com
SLUMBERMANN (Eizil), eizil AT yahoo.com
IZALATIF, (wakilnya - Spyz, pyzul AT yahoo.com)
BLUEHIKARI, vicenata2000 AT yahoo.com
SAMURAI GHOST, suzairul.izans AT jaring.my
AYARES151, imayus AT yahoo.com
AMYZ, da_amyz AT yahoo.com
ZURIE, zurie_nor AT yahoo.com
ROSRAM, mah649 AT yahoo.com
PUTERI ELAIRA ELIZA, elaira4ever AT yahoo.com
ATOIBOLAN, atoi_bolan2000 AT yahoo.com
NIXKGEEKIER, nixk AT hotmail.com
ATTOKZ, attokz AT gmail.com
JIGOMORRISON, anarkismelayu AT yahoo.com
ABDULLAH JONES, jonesabdullah AT yahoo.co.uk
OPX04, opx04 AT yahoo.com

Dokumentasi.
Sila lawat forum ini;
http://www.jurnal.biz/forum/viewtopic.php?t=3879

Pratonton.
Antara yang menarik. Sedutan ringkas ;

1. "Kalau suka buat dosa, lebih baik buat dosa."
TOK RIMAU - http://www.danchan.com/weblog/harimauj/

2. Kalau nak hidup SENANG, kita kena ada DUIT.
MAT JAN - http://jj.kroni.biz

3. "Patutlah mahal, kita bayar untuk projektor dan skrin sekali!" kataku kepada penukang gambar sambil menikmati nasi goreng kampung yang terlebih lada sulahnya.
BUKUNOTA - http://bukunota.blogspot.com

4. Aku dah lama tak melukis sebenarnya.
SI NAGA ORIGAMI - http://sinaganaga.blogspot.com

5. "Dah niat orang yang sedekah tu takat pisang je, kau makan le pisang tu."
ELMAANIQ - http://delimasakti.blogspot.com

6. Bagi lelaki meraih cinta perempuan bagaikan meneka atau bertaruh syiling yang dilambung.
KELAMBU - http://kelambu.blogspot.com

7. Ibuku tersenyum riang, hampir-hampir menitiskan air mata.
SLUMBERMANN - http://www.eizil.com

8. Ada banyak cara bagaimana orang buang ibu bapa sendiri.
IZA - http://izalatif.blogspot.com

9. . Fikiran terganggu seperti orang gila yang tidak kenal diri sendiri.
BLUEHIKARI - http://www.bluehikari.com

10. Bayangkan kalau itik dan ayam yang hendak bermadu kasih.
AYOBKELUBI - http://ayobkelubi.tripod.com

11. Ada dua perkara yang membuatkan aku amat terkilan di dalam dunia ini.
DUGONGSENYUM - http://dugongsenyum.blogdrive.com

12. Nak kata mereka buat tarian api, tak nampak pun sesiapa yang berjoget.
SAMURAI GHOST - http://ahsuez.blogdrive.com/

13. Biasanya orang yang buat bodoh ini adalah jenis yang membuat muka selamba.
AYARES151 - http://ayares151.blogspot.com/

14. Saya tak takut pada gemuk.
AMYZ - http://www.kroni.biz/amyz

15. Pandangan seorang manusia terbatas, manusia takder kuasa pembesaran, magnifying glass pun takder, lensa pun takder.
ZURIE - http://zurie.blogdrive.com/

16. Aku ingat kau akan mengurat pompuan itu semua, tapi rupanya kau sentiasa di sisi aku dan family.
ROSRAM - http://rosram.diaryland.com/

17. Aku tinggalkan bakul kain dan lari-lari anak ke rimbunan bunga pinang-pinang.
PUTERI ELAIRA ELIZA - http://elaira.fajaronline.com/

18. Kawan yang poyo.
ATOIBOLAN - http://atoibolan.blogdrive.com/

19. Aku mengambil keputusan drastik.Memberitahu hasrat hati kepada ibu.
NIXKGEEKIER - http://geekier.blogdrive.com/

20. Membaca kebangsatan bukanlah seperti mencari naskhah-naskhah atau jurnal yang tersimpan usang dan berdebu tersusun rapi di atas rak di khutubkhanah, yang tak pernah terusik untuk kesekian tahunnya.
ATTOKZ - http://attokz.cjb.net

21. Biarlah dia bawa coklat satu kontena untuk pujuk aku, aku tetap nak duduk di dapur.
JIGOMORRISON - http://tujuh86.blogspot.com

22. jeritnya didengar berjuta haiwan
ABDULLAH JONES - http://abdullahjones.blogspot.com/

23. Tok tak mintak harta kau. Tak mintak duit kau!
OP - http://fikirandalamkembara.blogdrive.com 

Review buku.
Sila lawat laman forum ini;
http://www.jurnal.biz/forum/viewtopic.php?t=4131

Perkembangan terbaru di Blog Projek Buku Jiwa Kacau.
Buku ke dua akan menyusul pertengahan tahun 2006. InysaAllah.


Posted at 12:59 pm by basri
Comments (4)  

Next Page

© Basri Nor Mohd, 2006.
Segala maklumat, modus operandi, garis panduan, tulisan serta ilustrasi yang diterbitkan di laman web ini adalah hakcipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa bentuk atau dengan alat apa jua pun, kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Mak Itam Network Enterprise. Kebenaran adalah berdasarkan perundingan dan bayaran saguhati.