|
Kerja-kerja rekaletak dan suntingan terakhir akan di lakukan dalam bulan Jun 2006. Bayaran penyertaan mula dikutip dalam bulan Jun 2006 hingga Julai 2006 (2 bulan masa untuk membuat pembayaran). Semua permintaan bayaran akan dibuat melalui email. Buku dicetak dan memasuki pasaran dalam bulan September atau Oktober 2006, insyaAllah. (Ini juga adalah tempoh bertenang memandangkan Jiwa Kacau 1 masuk tahun pertama. Juga memberi laluan kepada projek Ayah Kita Bos & Jongkang Jongket. Dan juga memberi laluan kepada Piala Dunia ) Sudah ada lima belas orang yang menghantarkan penyertaan setakat ini, maka peluang untuk kamu masih terbuka luas. Hantarkan penyertaan kamu sebelum tarikh tutup. Terima kasih. |